Pendatang Yahudi gatal tangan

Iklan
Salah sebuah kenderaan milik penduduk Palestin yang menjadi mangsa vandalisme pendatang Yahudi di perkampungan Iskaka.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Peneroka haram Yahudi menebuk tayar dan menconteng grafiti anti-Arab ke atas beberapa kenderaan penduduk Palestin di perkampungan Iskaka berhampiran bandar Salfit, semalam.

Ketua kampung, Abed Al-Qader Abu Hakmeh berkata kejadian berlaku pada waktu tengah malam ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Iklan
Iklan

Katanya selain kenderaan, kumpulan terbabit turut menconteng dinding rumah dan masjid dengan perkataan berbaur ancaman serta perkauman. - Agensi