De Paula tidak peduli kritikan

Iklan
De Paula bersama pemain Harimau Malaya lain giat menjalani sesi latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam, Johor Bahru.

WALAUPUN menerima banyak kritikan dalam pemilihannya dalam membarisi skuad Harimau Malaya, pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula bertekad membuktikan kemampuan dengan menjadikannya sebagai motivasi seterusnya membantu skuad negara pada masa depan.

Menurut penyerang Perak FC itu, kritikan segelintir pihak berikutan persembahan hambar pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak menjejaskan motivasi sebaliknya melihatnya dari sudut yang positif.

Iklan
Iklan

"Pada saya kritikan penyokong bola sepak tempatan memberikannya motivasi agar sentiasa meningkatkan prestasi dirinya.

"Saya sebenarnya cukup gembira berada di sini bersama jurulatih, rakan-rakan sepasukan yang mengikuti latihan pasukan kebangsaan.

Iklan

"Sejak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) pada musim 2014 lalu, saya pernah muncul selaku penjaring terbanyak bersama Selangor pada 2015, kemudian bersama PDRM dan seterusnya penjaring kedua terbanyak ketika beraksi dengan Kuala Lumpur.

"Oleh itu, saya percaya apa yang diperkatakan orang kepada saya bukan dengan tujuan yang tidak baik kerana setiap pemain pasti menempuh tahap kemuncak dan juga kemerosotan prestasi,” katanya pada Selasa.

Iklan

Mengulas usianya yang mencecah 34 tahun, De Paula berkata, dia masih mampu untuk memberikan aksi terbaiknya bersama Harimau Malaya bagi mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 Jun depan.

Katanya, isu tersebut tidak seharusnya timbul berikutan ramai pemain bola sepak terkemuka dunia masih lagi aktif dengan sukan berkenaan walaupun sudah berusia.

"Seperti jurulatih Tan Cheng Hoe kata, ‘old is gold’ dan ia telah terbukti khususnya di liga bola sepak Eropah ramai pemain berusia masih lagi ‘fit’ selain memiliki kekuatan mental untuk terus bermain bola sepak,” katanya.

"Saya juga tidak melihat kehadiran saya akan memberikan cabaran kepada penyerang-penyerang tempatan lain kami memiliki matlamat yang sama iaitu mahu memastikan kejayaan pasukan,” katanya.