Cheng Hoe gesa pemain Harimau Malaya manfaatkan sesi latihan

Iklan
Cheng Hoe

PEMAIN-pemain Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan kali ini perlu memanfaatkan kem latihan berkenaan.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, biarpun kem latihan berkenaan hanya berlangsung dalam tempoh waktu yang agak singkat iaitu selama sembilan hari, ia diharap dapat membantu mempersiapkan pasukan bagi mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 Jun depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemain akan dipantau dari segi latihan, pergaulan di dalam dan di luar padang walaupun tanpa sebarang aksi persahabatan pada kem latihan kali ini.

"Kem latihan kali adalah macam kita nak 'polish' semula apa kekurangan kita setelah setahun lebih kita tidak bersama.

Pemain negara giat menjalani latihan.

Iklan

"Antaranya untuk tengok dari segi keserasian, kerjasama dan dengan kehadiran muka-muka baharu kita nak tengok persefahaman dalam pasukan juga.

"Sebagai contoh, dengan kehadiran Guilherme De Paula dan juga Luqman Hakim Samsudin menjadikan kem latihan ini sebagai masa terbaik untuk kita membentuk pasukan menjelang saingan kelayakan, Jun nanti,” katanya pada Selasa.

Iklan

Mengenai panggilan terhadap pertahanan Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar pada kem latihan kali ini Cheng Hoe berkata, keputusan itu dibuat setelah pemain Sri Pahang FC, Fazly Mazlan mengalami kecederaan hamstring dan tidak dapat mengikuti kem latihan berkenaan.

"Kita buat keputusan untuk panggil, Arif Fadzilah setelah Fazly dapat hamstring, begitu juga dengan masalah kecederaan yang dialami Mohamadou Sumareh yang memerlukan dia berehat untuk dua tiga hari sebelum menyertai latihan kita.

"Kita tahu, pemain baharu sahaja selesai mengharungi lima perlawanan dan kita sentiasa beritahu agar mereka (pemain) perlu maklumkan jika ada mengalami sebarang kecederaan.

"Ini kerana kita mahu memastikan kesemua pemain kita dalam keadaan cergas dan bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya.