Helikopter terhempas, dua cedera

Iklan
Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di LTSAAS, Subang pada Rabu.

SUBANG - [DIKEMASKINI] Sebuah helikopter terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima mangsa membabitkan lelaki warga tempatan.

"Laporan awal mendapati dua mangsa patah kaki kanan dan cedera di kepala serta mengalami kecederaan ringan di kaki. Mereka masing-masing dikejarkan ke Hospital Klang dan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Iklan

"Tiga lagi mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.*

**media[1009930]*

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan insiden itu disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)

Iklan

Dalam perkembangan sama, Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataannya berkata, siasatan akan dibuat mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu kemalangan membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3 di lokasi berkenaan jam 9.25 pagi," katanya.

MOT berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada jam 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves dengan seorang juruterbang dan empat penumpang.

"Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.