481,989 individu sudah terima vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Iklan
Iklan

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu Selangor (58,552), Perak (49,451) dan Sabah (41,125).

"Ini diikuti Kuala Lumpur (37,254), Sarawak (36,103), Pahang (33,317), Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394), Kedah (26,293), Kelantan (19,734), Terengganu (19,698), Negeri Sembilan (19,639), Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344),” katanya.

Iklan
Pemberian dos vaksin mengikut negeri. - Infografik JKJAV

Sementara itu, tiga negeri merekodkan bilangan tertinggi individu yang telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin berkenaan iaitu Sarawak (10,166), Pahang (5,793) dan Perak (5,337).

Diikuti Kuala Lumpur (4,894), Kelantan (4,647), Johor (3,271), Kedah (3,138), Terengganu (2,406), Selangor (2,174), Negeri Sembilan (1,802), Pulau Pinang (1,721), Sabah (1,525), Melaka (1,443), Labuan (1,276), Perlis (1,037) dan Putrajaya (991).

Iklan

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasarkan untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk di negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama