Rumah terbakar, kanak-kanak melecur seluruh badan

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun melecur seluruh badan akibat kebakaran yang berlaku di rumahnya.

SEMENYIH - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun melecur seluruh badan dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan perumahan Taman Tan Sri Manickavasagam, di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.02 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak dua jentera FRT, sebuah FRV, dan sebuah kereta pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan Kajang dengan kekuatan seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Kebakaran berlaku di dalam bilik sebuah rumah di Taman Tan Sri Manickavasagam, pagi Rabu.
Iklan

"Laporan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres bangunan kelas A di bahagian bilik yang berkeluasan 3 X 3 meter persegi dengan kerosakan sebanyak 20 peratus.

Iklan

"Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan mendapati seorang mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun melecur seluruh badan,” katanya pada Rabu.