‘Rasuah Busters Outreach’ bersama geng motosikal berkuasa tinggi

Iklan
Poster program bersiri Rasuah Busters Outreach yang akan bermula pada Ahad ini.

SHAH ALAM - Tiga kumpulan motosikal berkuasa tinggi iaitu MyIKRAM Bikers (MIB), Graftbusterrider dan TM Bikers akan bergabung dalam satu program bersiri yang dinamakan ‘Rasuah Busters Outreach’.

Jurucakap program tersebut, Mohd Kamal Ariffin Bunyamin yang juga Setiausaha MIB berkata, kolaboratif itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka membantu menentang aktiviti rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia dilaksanakan bagi memberikan kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam membina negara dan pemikiran yang bebas rasuah.

"Ia juga bertujuan membina sahsiah masyarakat dengan jati diri berintegriti dan bermaruah.

Iklan

"Nantikan program sulung kita yang diatur pada 28 Mac ini bermula di pekarangan Pusat Komuniti Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Putrajaya, Presint Diplomatik ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Ikram Putrajaya pada Isnin.

Rasuah Busters Outreach itu turut disokong Pertubuhan Ikram Putrajaya dan Sinar Harian dengan kerjasama SPRM.

Iklan

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.