Kerjasama Miros, APM tingkat tahap keselamatan jalan raya

Iklan
Penyampaian watikah pelantikan oleh Perdana Menteri kepada Khairil Anwar di Ibu Pejabat APM.

SHAH ALAM - Jalinan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan diperkukuh dengan meneroka peluang meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.

Ketua Pengarah Miros, Ir Ts Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, peningkatan tersebut melibatkan kepelbagaian skop keselamatan jalan raya pada skala yang besar.

Iklan
Iklan

"APM sememangnya dekat di hati masyarakat, tugas dan peranannya dalam membantu orang awam amatlah besar.

"Jaringan sedia ada APM di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dapat dipertingkatkan lagi di antara Miros dan APM agar ia boleh dimanfaatkan dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan kempen kesedaran yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, matlamat utama Miros adalah untuk memperkenalkan intervensi keselamatan jalan raya yang berasaskan bukti bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

Menurutnya, ia pasti menyuntik lagi semangat seluruh warga Miros untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada negara terutama dalam ruang lingkup keselamatan jalan raya.

Iklan

Malah, katanya, Miros turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas penyampaian watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat APM kepada Khairil Anwar.

Watikah tersebut disampaikan ketika Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat APM sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-69 di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat APM, Kuala Lumpur.