JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan selepas dicucuk garpu oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman di Taman Mount Austin di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata dalam dalam kejadian jam 8 pagi itu, kanak-kanak perempuan tersebut telah didatangi seorang wanita.