PADA tahun 2015, pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen telah dikritik hebat selepas menulis di Twitter:"Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Ciapan 'jahat' itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam pada ketika itu. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan, Paulsen tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perkara sedemikian memandangkan khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat.
Di Kuala Krai, Kelantan pula, matlamat khutbah dibimbangi cuba 'diselewengkan' apabila seorang imam didakwa mengucapkan kata-kata berbaur politik untuk mempengaruhi rakyat supaya mengundi parti pembangkang pada PRU13 lalu.
Ternyata, peranan khutbah Jumaat meskipun sekali seminggu dianjurkan, ia amat signifikan. Jika tidak, tiadalah unsur-unsur politik yang dicampur-adukkan dalam khutbah. Itu belum ambil kira khutbah yang lari daripada teks asal.
Pun demikian, ada yang melontarkan justifikasi kononnya intipati khutbah sejak kebelakangan ini tidak selari dengan perkembangan semasa termasuk tiada nilai kemanusiaan bersama di antara agama.
Sedangkan, peranan khutbah ialah sebagai platform penerangan, medium pembentukan akhlak dan amar makruf nahi mungkar, lidah kebenaran dan komunikasi dakwah serta pentas terbaik menanam kefahaman Islam.
Pengaruh khutbah juga bukan calang-calang.
Keberkesanannya dikatakan lebih efektif dibandingkan dengan wadah lain jika diambil kira dari aspek jumlah pendengar.
Seorang pensyarah, Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi baru-baru ini menulis tentang khutbah yang bertajuk 'Khutbah kita perlu berubah' dalam kolum Cetusan, Sinar Harian.
Beliau antara lain berkata, penulis khutbah di jabatan-jabatan agama perlu menilai semula isi kandungan khutbah dan gaya penyampaian.
Beliau juga membangkitkan mengapa kandungan khutbah tidak membicarakan tragedi alam sekitar sebagai aspek empati keislaman? Pada masa sama, Mohd Tajuddin juga mendakwa, penulis khutbah tidak langsung meraikan atau memuji nilai-nilai agama lain yang sama nilainya dengan Islam.
Sebagai seorang yang mendengar khutbah selama 40 tahun, barangkali Mohd Tajuddin mempunyai asas kepada komentarnya.

Rancang
Bagi mengulas hal tersebut, Sinar Islam mendapatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim.HARIS