Bongkah konkrit terjatuh dari lori di MRR2

Iklan
SUKE memaklumkan bongkah terjatuh dari sebuah lori bukan dari projek SUKE di MRR2.

KUALA LUMPUR – Satu bongkah konkrit dilaporkan terjatuh dari sebuah lori dalam kejadian di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang pada Khamis.

Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.

Iklan
Iklan

Kejadian pada jam 7.45 pagi itu mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, bongkah itu telah dialihkan kira-kira 30 minit kemudian dan trafik kembali lancar.

Iklan
Iklan