Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

Iklan

RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran yang positif serta harga minyak yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0720/0780 berbanding 4.0740/0780 pada 5 petang Khamis.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga berkata, Amerika Syarikat (AS) dan China sedang membuat penambahbaikan terhadap perjanjian perdagangannya. Namun, masih belum jelas sama ada AS akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China pada 1 Mac.

"Berdasarkan trend rundingan antara kedua-dua pihak, pelabur percaya bahawa perdamaian perdagangan selama 90 hari akan dilanjutkan, dan ini telah meningkatkan sentimen pasaran pada masa ini," katanya.

Iklan

Presiden Donad Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka bertemu pada suatu tarikh akan datang untuk terus membincangkan perkara itu.

Beliau juga berkata harga minyak yang lebih tinggi telah meningkatkan prestasi mata wang.

Iklan

Sehingga 9 pagi, minyak mentah Brent merekodkan paras US$64.84 setong berbanding US$63.64 setong semalam.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9985/0034 daripada 2.9980/0014 dan yen merosot kepada 3.6881/6945 daripada 3.6703/6742 semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.5973/6061 daripada 4.5881/5947, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2101/2182 daripada 5.2282/2353 semalam. - Bernama