Malaysia ekstradisi Roger Ng diminta AS

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng akan diektradisi dan dihantar terus ke Amerika Syarikat (AS) sekiranya ada permintaan dari negara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan ke atas Ng akan diambil di AS kerana kesalahan itu berlaku di sana.

Iklan
Iklan

"Jika pihak Amerika minta supaya diekstradisi kita akan terus hantar kepada Amerika,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Ng ditahan di Malaysia, dan bekas rakan sekerjanya Tim Leissner pula mengaku bersalah di New York bagi kesalahan berkaitan urusan kewangan yang melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai bidaan bagi kapal mewah 'Equanimity' milik ahli perniagaan, Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low yang berakhir hari ini, Dr Mahathir berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Dr Mahathir juga dengan berseloroh berkata"Saya hendak beli tetapi tidak cukup duit,” katanya.

Iklan

Pada 19 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kapal mewah Equanimity sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1MDB, selepas pemilik berdaftar gagal hadir menuntut kapal itu, dan kerajaan kini boleh menjualnya.

Mahkamah juga memutuskan dua syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited sebagai pemilik sah dan benefisiari kapal berkenaan, sehubungan itu, secara tidak langsung kerajaan Malaysia adalah benefisiari kedua-dua syarikat itu. - Bernama