ALLAH bagi rasa nikmat bersalin: Ayu Raudhah

Iklan

PELAKON Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 10.46 pagi semalam.

Ujar Ayu, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata dan kali ini seorang lagi anak lelaki.

Iklan
Iklan

"Setiap anak ada rezekinya. Pengalaman setiap anak lain-lain. Apa pun alhamdulillah dipermudahkan urusan bersalin," tulis Ayu di Instagramnya.

Tambah Ayu, untuk proses bersalin kali ini, dia mengalami nikmat sakit bersalin.

Iklan

"Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural sebab dia tak sanggup tengok Ayu sakit. Kali ini ALLAH bagi rasa dan menikmati pengalaman bersalin betul-betul sama macam orang lain.

Zaquan bersama anak keempat

"Thank you sayang sentiasa ada untuk untuk I @zaqone_08. Mama of course, mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia...betul-betul dak? Kita belum tentu lagi ada untuk mak kita," katanya lagi.

Iklan

Ayu juga sempat memberitahu bahawa dia dan suaminya tidak merancang mengenai anak.

"Kami tak pernah merancang pun fasal anak. Sesungguhnya rancangan dan kurniaan ALLAH yang terbaik, sentiasa bersyukur.

"Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki," tulis Ayu.

Pasangan ini berkahwin pada 21 Januari 2011. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.