Bongkah konkrit jatuh tiada kaitan pembinaan SUKE: Prolintas

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai bongkah konkrit dilaporkan terjatuh dari sebuah lori dalam kejadian di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Bagaimanapun, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), kejadian itu tidak ada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Iklan
Iklan

"Bongkah konkrit itu jatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan berkenaan. Kerja pengalihan dan pembersihan selesai kurang 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Tular dalam media sosial insiden bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang kira-kira 7 pagi. - Bernama

Iklan
Iklan