Tiada keperluan lapor SPRM isu kartel PDRM: KPN

Iklan
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk melaporkan berkaitan isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya perkara itu akan diuruskan sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara tersebut masih dalam kawalan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini masih terkawal dan saya sudah berbincang dengan Pengarah Jabatan Pematuhan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Tak sampai lapor kepada SPRM, penubuhan suruhanjaya dan sebagainya, saya yakin generasi selepas ini akan meneruskan dasar yang dilaksanakan ketika ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Mobile My Bayar Saman di Dewan Theatrette Menara 1 Bukit Aman pada Khamis.

Pada Selasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkan Ketua Polis Negara itu.

Iklan

Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata, isu berkenaan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat `bergerak' ketika ini.

Beliau berkata, tindakan susulan akan diambil kepada mereka yang terlibat selain akan mengadakan perbincangan berhubung isu itu bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan seterusnya akan berjumpa dengan pengarah jabatan PDRM.

"Selepas ini, saya akan berjumpa dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan barisan pengarah jabatan PDRM.

Jangan ingat orang tidak tahu ketika kita berjalan megah di tengah pekan kononnya dengan baju biru kita, pistol kita, (maka kita) berjalan megah. Kita ingat orang hormat kita (pada hal) di belakang orang ludah kita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu terlibat kuasai kartel PDRM dikenal pasti: KPN

[EKSKLUSIF] 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'

Kartel cuba singkir KPN dapatkan bantuan pihak luar