MPS laksana penguatkuasaan sejak 1 Januari lalu

Iklan
Peniaga yang berhasrat meletakkan barangan perniagaan di kawasan yang tidak sepatutnya perlu mendapatkan permit daripada MPS terlebih dahulu.

SEGAMAT - Majlis Perbandaran Segamat (MPS) memandang serius tindakan sebahagian peniaga kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja di laluan utama sesuka hati.

Justeru, bermula 1 Januri, MPS telah mengeluarkan permit meletakkan barang perniagaan seperti meja, kerusi atau apa sahaja yang berada di luar kaki lima premis.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua MPS, Masni Wakiman berkata, segala barang perniagaan di luar termasuk di petak letak kereta dan mana-mana tempat awam perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

"Sehubungan itu, peniaga perlu mendapatkan kebenaran melalui borang permohonan di kaunter Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Segamat pada waktu pejabat.

Iklan
Iklan

"Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Jabatan Penguatkuasaan MPS di kaunter 7 atau hubungi talian 07-9314455,” katanya.