Tun M dakwa Muhyiddin tidak jadi PM selepas PRU15

Iklan
Muhyiddin - Foto Fail Bernama dan Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menjangka keadaan politik negara tidak jauh berbeza berbanding ketika ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini sudah menjadi parti berbilang kaum tidak akan menang banyak.

Iklan
Iklan

"Dengan itu parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional akan memilih orang lain sebagai Perdana Menteri.

"UMNO dan Pas memberi jawatan Perdana Menteri kepada Muhyiddin dahulu kerana mereka hanya boleh jadi gabungan majoriti jika Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Muafakat.

Iklan

"Yang mencukupi bilangan ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan paksinya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Secara tidak langsung, Azmin diberi jawatan tertinggi tetapi bukan Timbalan Perdana Menteri,” katanya melalui blog chedet.cc yang turut dikongsi melalui Facebooknya pada Khamis.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menambah, partinya juga tidak mungkin akan menjadi kerajaan.

Iklan

"Tetapi sokongan Pejuang akan tentukan gabungan mana yang akan jadi kerajaan. Sokongan Pejuang hanya jika syarat Pejuang diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dalam tulisannya turut menyindir Muhyiddin bahawa pemimpin itu berharap tiada parti lawan yang akan bertanding dalam PRU15 bagi membolehkan PN menang tanpa bertanding dengan memastikan parti musuh termasuk Pejuang tidak didaftarkan.

Situasi sama boleh dilihat pada PRU14 apabila beliau memberitahu Datuk Seri Najib Razak turut membatalkan pendaftaran Bersatu dan tidak mendaftar PH sehingga parti-parti pembangkang terpaksa bertanding tiket PKR.

"Mungkin calon Pejuang terpaksa bertanding sebagai calon bebas. Jika ini dilakukan, maka calon-calon bebas ini tidak dapat mengguna simbol dan bendera Pejuang. Ini akan kelirukan pengundi.

"Mungkin Pejuang bertanding dengan nama parti lain seperti Bersatu dalam PRU14 terpaksa guna simbol dan bendera PKR. Ini juga boleh kelirukan pengundi,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, sekiranya partinya cuba menggunakan simbol dan bendera PKR, parti berkenaan juga mungkin tidak setuju memberi banyak kawasan kepada Pejuang.

"Sokongan juga mungkin tidak diberi. Maka akan kalahlah Pejuang.