'Captagon' dadah jenis baharu rangsang keberanian

Iklan
Pil Captagon yang disorok dalam roda troli yang dirampas kastam di Pelabuhan Klang, Selangor pada Isnin lalu. Gambar kecil: Ayob Khan

JOHOR BAHRU - Pil Captagon yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) baru-baru ini, dipercayai merupakan dadah jenis baharu yang biasa digunakan ahli militan dalam merangsang keberanian untuk melakukan kegiatan keganasan, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau yang sebelum ini bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman berkata, dadah berkenaan ‘belum ada’ di negara ini sepanjang tempoh empat tahun beliau menerajui unit berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan memang ia dadah baharu (Captagon), pasarannya untuk Asia Barat. Di sini (Malaysia) belum digunakan...penglibatan militan-militan seperti Abu Sayyaf di selatan Filipina, memang mereka biasa ambil syabu sebelum mereka buat aktiviti keganasan. Modus operandi sama, cuma dadah jenis baharu.

"Semasa berkhidmat di unit E8, saya tidak pernah dengar lagi dadah ini tetapi saya difahamkan Captogan ini boleh merangsangkan individu yang ambil pil itu...dari tidak berani menjadi berani...ia lebih kurang syabu (kesannya),” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, pada Khamis.

Iklan

Selasa lepas media melaporkan kejayaan Kastam mematahkan cubaan menyeludup 94.8 juta pil Captagon bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Mac lepas dianggar seberat 16 tan yang disorok dalam roda troli. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kastam tumpas kartel antarabangsa, rampas dadah RM5.2 bilion

Iklan