AS cuba campur tangan?

Iklan
Penunjuk perasaan terdiri daripada penyokong pemimpin pembangkang Juan Guaido menuntut peletakan jawatan Maduro. - Foto AFP

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dilapor menggerak pasukan khas menghampiri Venezuela dalam usaha memulakan campur tangan ketenteraan di negara Amerika Selatan itu.

Cuba mendakwa Washington meningkatkan kehadiran pasukan tenteranya di negara berjiran dengan Venezuela.

Iklan
Iklan

"Antara 6 hingga 10 Februari pesawat pengangkut tentera berlepas menuju Lapangan Terbang Rafael Miranda di Puerto Rico, Pangkalan Udara San Isidro di Republik Dominica dan beberapa lokasi strategik di Kepulauan Caribbean, kemungkinan tanpa pengetahuan kerajaan negara terbabit.

"Penerbangan terdiri daripada unit Operasi Khas dan Kor Marin yang digunakan dalam operasi rahsia," menurut kenyataan Havana.

Iklan

Dakwaan Cuba itu disangkal Wakil Khas AS ke Venezuela, Elliott Abrams yang mengatakan ia sekadar satu penipuan.

Terdahulu, Presiden Donald Trump enggan menolak kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Presiden Nicolas Maduro bagi memaksanya melepaskan jawatan kepada pemimpin pembangkang Juan Guaido.

Iklan

Tindakan Guaido yang juga pemimpin Perhimpunan Kebangsaan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden Venezuela, mendapat sokongan padu Trump yang kemudian mengenakan sekatan ke atas industri minyak negara itu.

Bagaimanapun, wakil Demokratik menegaskan bahawa Kongres AS tidak akan membenarkan Presiden Trump dengan sewenang-wenangnya melancarkan kempen ketenteraan di Venezuela. - Press TV