Dua lori kemalangan, seorang pemandu rentung

Iklan
Sebahagian barang dipercayai barangan penghantaran yang dibawa lori 10 tan musnah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tangki muatan cecair Nitrogen.

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu lori ditemui rentung bersama pelbagai barang penghantaran yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tangki muatan cecair Nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, kemalangan berlaku berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah menyebabkan mangsa dikenali sebagai Mohamad Syazwan Mohd Romli, 29 tahun dari Kampung Keda Telaga Batu Sik, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.41 pagi sebelum tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Rembau bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat sedang memadamkan kebakaran kenderaan di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi Jumaat.

"Dipercayai kedua-dua kenderaan melibatkan lori tangki muatan cecair Nitrogen serta sebuah lori muatan 10 tan berlaku dari Arah Pedas Linggi menghala ke Melaka.

Iklan

"Pemandu lori tangki bagaimanapun dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi pemandu dilaporkan rentung," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Wee Kiang berkata, api berjaya dikawal lebih kurang jam 6.26 pagi sebelum operasi ditamatkan jam.8.23 dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa rentung sedang giat dilakukan.

Iklan