Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan, Mohd Hazani Abdullah, 37, melakukan terjemahan bahan bacaan dengan tulisan braille mengunakan mesin taip braille di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP).
Mohd Hazani merupakan penterjemah bahan bacaan tulisan braille di PPAPP menyifatkan kerjayanya itu adalah sesuatu yang menyeronokkan malah memberi kepuasan buat dirinya.
Cacat penglihatan tidak menjadikan kekurangan yang ada dalam diri sebagai penghalang untuk berbakti kepada masyarakat lebih-lebih lagi bagi mereka yang senasib dengannya. - Foto Bernama