Hanyut 15 hari di laut

Iklan
Muhammad Kartoyo ditemui selamat berpaut pada sekeping papan di perairan Taka Tambora selepas 15 hari hilang.- Foto Tribunnews

JAWA - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di laut sejak 15 hari lalu setelah kapal dinaikinya hilang akhirnya ditemui selamat dengan berpaut pada sekeping papan di perairan Taka Tambora.

Menerusi laporan Tribunnews, Muhammad Kartoyo, 18, ditemui di perairan Taka Tambora, Sulawesi Selatan pada 24 Mac jam 4 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Kartoyo berkata, dia bertugas sebagai anak kapal selama lapan bulan bersama tujuh anak kapal lain diberi nama IMB 6 Indah Maju.

"Kapal dinaiki dipercayai melanggar objek keras pada bahagian sisi menyebabkan kapal condong dan terbalik namun tidak hancur.

Iklan

"Akibatnya, kru menyelamatkan diri dengan melompat ke laut, tetapi setakat ini, saya seorang yang ditemui dan diselamatkan," katanya.

Dia diselamatkan oleh seorang nelayan yang mendengar jeritannya meminta tolong di perairan terbabit.

Iklan

"Saya lambai ke arah kapal nelayan, mujur mereka nampak kelibat saya. Sebaik diselamatkan, saya dikejarkan ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.

"Sewaktu ditemui, saya tidak berpakaian dan hanya memakai topi. Wajah semakin gelap, dan hanya bertahan dengan minum air laut selama 15 hari dengan terpaksa menahan kepanasan, hujan dan kesejukan waktu malam," katanya kepada IDN Buzz.

Sementara itu Kartoyo mendoakan rakan-rakannya yang lain ditemui dengan selamat.