Macron sokong keputusan EU sekat eksport AstraZeneca

Iklan
Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Khamis mengecam firma farmasi AstraZeneca kerana gagal mematuhi kontrak. - Foto Reuters

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Khamis mengecam firma farmasi AstraZeneca kerana gagal mematuhi kontrak dan menyokong keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat eksport vaksin Covid-19 selagi syarikat itu tidak mematuhi komitmen mereka.

Bercakap di luar sidang kemuncak Majlis Eropah, Macron berkata, Pfizer-BioNTech dan Moderna telah menepati komitmen pembekalan vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

"AstraZeneca masih belum mematuhi komitmen kontrak mereka dengan Perancis,” katanya lapor Agensi Anadolu.

Sambil menunjukkan carta, beliau"Syarikat Britain-Sweden itu pada awalnya beri jaminan untuk bekal 120 juta dos kepada EU, kemudian berjanji untuk beri 30 juta dos. Dan masih tiada penghantaran dibuat. Perkara ini yang sepatutnya perlu dikawal"

Iklan

Katanya, mekanisme kawalan yang dilaksana Suruhanjaya Eropah telah membantu dalam mengenal pasti dos yang akan dibawa keluar.

"Ini bukan soal melindungi, tetapi mencegah negara maju lain menggunakan (dos vaksin) sendiri dengan mengorbankan EU," katanya tanpa menyebut mana-mana negara.

Iklan

Berikutan kekurangan penghantaran oleh AstraZeneca, EU pada Rabu memperketat peraturan eksport untuk menghentikan penghantaran vaksin Covid-19 di luar blok itu.

Peraturan baharu itu akan mengawal eksport berdasarkan keadaan epidemiologi, kadar vaksinasi dan akses kepada vaksin ke negara penerima. - Bernama