Jangan alpa SOP ketika melancong: Nancy

Iklan
Nancy Shukri

KUCHING - Rakyat Malaysia diingatkan agar menjadi pelancong bertanggunjawab tanpa alpa atau leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu bukan sahaja penting dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 malah perlu bagi memastikan industri pelancongan dapat diteruskan.

Iklan
Iklan

"Sama-samalah kita (pelancong dan penggiat industri) bekerjasama agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar melalui penutupan aktivitinya.

"Penutupan aktiviti pelancongan memberi impak negatif terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat juga kepada negara secara amnya,” kata beliau ketika berucap pada acara Malaysia Prihatin di Simunjan, kira-kira 80 kilometer dari pusat bandar pada Jumaat.

Iklan

Pada 10 Mac lalu, Menteri Kanan ( Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri antara negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun aktiviti itu tertakluk kepada SOP ketat termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Iklan

Sementara itu, Nancy menyeru rakyat Malaysia supaya menggunakan ruang dan peluang yang diberikan kerajaan untuk bersama-sama menyemarakkan pelancongan domestik.

"Saya percaya banyak lagi destinasi menarik yang ada di negara kita yang belum kita terokai sepenuhnya.

"Pelbagai lagi aktiviti seni dan budaya kita yang boleh kita kenali dan hargai,” katanya. - Bernama