Negara kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka hingga penghujung Mac menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dari biasa berpunca daripada taburan hujan agak rendah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawang hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama).
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Palawan dan Labuan sehingga petang ini. - Foto Bernama