KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki kerana disyaki telah memberi rasuah RM5,000 kepada seorang pegawai kerajaan negeri, semalam.
Penahanan itu dibuat di pejabat SPRM Sabah di sini pukul 5.30 petang.
Iklan
Iklan
Rasuah diberi lelaki berumur 50-an itu sebagai dorongan untuk meringankan pertuduhan terhadap rakannya yang melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi antaranya spesies beruang madu, buaya, babi hutan, ular sawa dan burung.
Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan penahanan tersebut dan suspek disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009.
"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin hari ini (Jumaat)," katanya. - Bernama