KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yang boleh menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara ke negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kawasan yang berdekatan dengan jaringan hubungan seperti lebuh raya dan perkhidmatan logistik diberi keutamaan untuk dibangunkan kerana ia antara tarikan kepada para pelabur.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan meneruskan hubungan baik dengan agensi-agensi pelaburan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) termasuk pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan sektor industri seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina dan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu.
"Ini juga dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 31 Oktober lalu,” katanya ketika menggulung ucapan Belanjawan Negeri Terengganu 2019 pada Persidangan Dun Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Adun Ru Rendang itu turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang meneruskan projek menaik taraf jambatan sedia ada di Dungun, Terengganu dan projek jalan raya Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang - Kuala Berang, (Pakej 8) yang akan diteruskan dengan tender terbuka pada tahun depan.
Selain Enakmen Perbekalan 2019 yang diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan, persidangan hari keempat itu turut meluluskan tiga enakmen lain iaitu Enakmen Lambang-lambang, Nama-nama dan Gelaran-gelaran (mencegah salah guna)(pindaan) 2018, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Terengganu)(Pindaan) 2018 dan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) 2018.
Persidangan bersambung esok. - Bernama