REMBAU - Seekor harimau kumbang jantan seberat 52 kilogram (kg) ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Solok Baing, Kendong, dekat sini pada Rabu lepas.
Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut dipasang sejak 15 Januari lepas, susulan aduan daripada penduduk kampung mengenai harimau kumbang jantan itu yang sering berkeliaran di sekitar kampung tersebut sejak 14 Januari.