Bayi enam bulan disyaki didera pengasuh Thailand

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain

JOHOR BAHRU - Polis telah menahan seorang wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan seorang bayi berusia enam bulan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ia susulan satu laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa pada 14 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek yang berumur 29 tahun dan telah berkahwin dengan warga tempatan itu ditahan bagi siasatan lanjut.

"Kita telah mendapat laporan tentang seorang pengasuh yang disyaki mendera bayi itu pada 14 Mac lalu.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan lebam dan bengkak kecil sebelah kanan dan pendarahan kecil di dalam kepala bahagian belakang.

"Bayi itu kini dirawat di sebuah hospital swasta dan dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.