32 maut, kereta api bertembung di Mesir

Iklan
Beberapa gerabak turut terbalik dalam kejadian di daerah Tahta, wilayah Sohag yang terletak kira-kira 460 kilometer di selatan Kaherah pada Jumaat. - Foto: AFP

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di selatan Mesir dan turut menyebabkan beberapa gerabak terbalik pada Jumaat.

Media tempatan melaporkan puluhan ambulans bergegas ke lokasi kejadian di daerah Tahta, wilayah Sohag yang terletak kira-kira 460 kilometer di selatan ibu negara.

Iklan
Iklan

Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan berikrar untuk mengenakan 'hukuman tegas' ke atas individu yang didapati bertanggungjawab terhadap tragedi yang disifatkan terburuk sejak 2002 yang meragut 373 nyawa.

"Sesiapa yang menyebabkan kemalangan ini yang berpunca daripada kecuaian atau isu lain akan dikenakan tindakan tegas dengan segera," tegasnya.

Iklan

Insiden itu berlaku ketika Kaherah berdepan satu lagi cabaran pengangkutan utama membabitkan kapal kontena gergasi, MV Ever Given yang kini menghalang laluan perdagangan utama di Terusan Suez hingga mengakibatkan kesesakan teruk.

Kapal mengibarkan bendera Panama tersebut yang berukuran lebih panjang daripada saiz empat padang bola sepak berada dalam keadaan melintang sejak Selasa.

Iklan

Usaha untuk mengalihkan kapal tersebut sedang giat dijalankan walaupun ia didakwa berdepan kesukaran. - AFP