Chelsea rancang bawa masuk Lukaku

Iklan
Lukaku

BINTANG Belgium, Romelu Lukaku bakal kembali beraksi dalam di Stamford Bridge, apabila Chelsea dilaporkan berminat untuk membawa penyerang Inter Milan itu sekiranya gagal mendapatkan bintang Norway, Erling Haaland.

Lukaku, 27, hanya sempat membuat 15 penampilan bersama Chelsea pada musim 2011-2014 lalu sebelum dipinjamkan kepada West Bromwich Albion pada 2012, Everton (2013) sebelum beraksi sepenuhnya bersama The Toffees bagi musim 2014-2017, Manchester United (2017-2019) dan Inter Milan (2019 hingga kini).

Iklan
Iklan

Skuad The Blues itu dilaporkan berdepan ‘saingan’ hebat bagi mendapatkan Haaland apabila beberapa kelab gergasi bola sepak Eropah seperti Real Madrid, Barcelona dan Manchester City turut merancang mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Berikutan saingan sengit berkenaan pihak pengurusan Chelsea membuat keputusan untuk mendapatkan Lukaku sebagai langkah alternatif sekiranya gagal membawa masuk Haaland.

Iklan
Iklan