'Saya boleh bertanding mana-mana Parlimen saya suka'

Iklan
Sidang akhbar Mohamad (kanan) selepas merasmikan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen yang diingininya.

Ini kerana katanya, sebagai pemimpin nombor dua parti terbesar orang Melayu itu beliau boleh berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Saya boleh bertanding mana-mana Parlimen yang saya suka, dari Perlis sampai ke Johor," katanya pada sidang akhbar sebaik selesai berucap merasmikan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan dirinya akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai sasaran jumlah kerusi yang ingin dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, parti itu mensasarkan sekurang-kurangnya 80 kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU15: BN kekal bertanding atas lambang sendiri

Iklan

Katanya, jumlah itu belum mengambil kira jika kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak diteruskan.

"Kalau tidak ada kerjasama (dengan Pas) kita kena bertanding 100 lebih (kerusi). Kita tengok dahulu macam mana (masa depan kerjasama dengan Pas).

"Buat masa sekarang ini kita masih bersama Pas," katanya.