GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun kepada pemain yang dipinjamkan kepada West Ham United musim ini, Jesse Lingard.
Lingard yang masih memiliki baki kontrak selama 12 bulan bersama The Red Devils, ditawarkan lanjutan kontrak berkenaan berikutan aksi cemerlang ketika beraksi sebagai pemain pinjaman bersama The Hammers.