Kalau UMNO tak menang pilihan raya, bagaimana nak jadi PM: Zahidi

Iklan
Zahidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti itu namun turut mempersoalkan cadangan itu sekiranya UMNO tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"UMNO, kalau menang pilihan raya mesti jadi perdana menteri, betullah tu.

Iklan
Iklan

"Tapi (kalau) tak menang, macam mana? Kalau dapat 60, 80 kerusi nak jadi perdana menteri macam mana?” katanya selepas menyerahkan cendera hati kepada petugas media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perdana menteri hanya untuk UMNO: Tok Mat

Iklan

Mohamad sebelum ini menegaskan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti UMNO.

Katanya, UMNO perlu menjadi parti induk bagi membolehkan mereka memimpin kerajaan bukannya setakat menjadi 'anak ayam’.

Iklan

Mengulas lanjut, Zahidi turut mempersoalkan sama ada Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menerima cadangan berkenaan.

”Itu masalahnya. Jadi kita lihat tokoh perdana menteri kita siapa. Adakah diterima? Kita kena cari tokoh perdana menteri yang diterima.

”Sekarang ini, nak jadi menteri pun orang tak lantik, jadi susahlah nak terima. Kita nak minta jadi perdana menteri, timbalan pun orang tak bagi,” katanya.

Apa yang pening katanya, calon perdana menteri itu perlu diterima oleh rakyat.