Lensa Kempen Derma Darah

Iklan
Dari kanan, Mohd Shukri, Muhammad Nasir dan Siew Ling (kiri sekali) bersama penderma darah.

SEKITAR Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Jalinan Ukhwah Anok-Anok Kelate (JUAAK) dengan kerjasama Hospital Shah Alam dan Kumpulan Karangkraf bagi meningkatkan kuantiti tabung darah negara.

Program bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa itu turut mendapat kerjasama Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Iklan
Iklan

Program berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam ini dirasmikan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi JUAAK, Mohd Shukri Yusoff dan Senior Manager Public Relation and Sciences Department, Lim Siew Ling dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hasyim Anang.

Iklan
Iklan