Bumiputera digalakkan ceburi industri halal global

Iklan

KUANTAN - Golongan usahawan digalakkan menceburi industri halal global yang mempunyai pasaran meluas sehingga AS$3 trilion di seluruh dunia.

Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, di Malaysia sasaran pasaran industri ini dijangka akan melonjak kepada RM130 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usahawan bumiputera mempunyai lebih kepakaran dalam industri ini kerana penerimaan negara luar terhadap industri halal Malaysia, semakin terserlah.

"Tumpuan strategik MED akan turut diberikan kepada industri halal yang mempunyai pasaran luas sehingga AS$3 trilion di seluruh dunia. Kita menyediakan ruang dan platform.

Iklan

"Antaranya projek Halal To Tokyo 2020 di mana lebih 300 peniaga sudah mendaftar. Ini adalah peluang dan ruang kepada peniaga dan usahawan bumiputera untuk membuka pasaran mereka di luar negara,” katanya pada sidang media Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) 2018, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Dalam konvensyen tersebut hampir 1,000 usahawan dari negeri ini menyertainya termasuk menghadiri sesi dialog bersama kementerian tersebut bagi mendapatkan maklum balas berhubung pelbagai isu dan pandangan usahawan tempatan.

Iklan

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah.

Mohd Redzuan berkata, usahawan bumiputera seharusnya merebut peluang ini bagi memenuhi permintaan industri dan berani mengecap peluang yang disediakan.

Menurutnya, melalui pendekatan yang disediakan tidak mustahil usahawan bumiputera akan memberi sumbangan yang tinggi terhadap pendapatan eksport negara sekali gus meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Industri halal pada masa kini dilihat sebagai salah sebuah industri yang mampu memberikan pulangan tinggi dalam KDNK negara.

Selain itu industri ukir juga semakin pupus di negara ini yang mana data menunjukkan sekitar empat peratus bumiputera yang menyertai bidang ini. Begitu juga dengan projek aero-angkasa dan automotif yang masih rendah.

Mohd. Redzuan berkata, tiada sasaran ditetapkan, bagaimanapun usaha berterusan akan dilakukan bagi meningkatkan sumbangan usahawan bumiputera kepada KDNK.