Keahlian Tun Faisal dalam UMNO digantung

Iklan
Tun Faisal Ismail Aziz

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Iklan
Iklan

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Arahan tersebut berhubung kenyataan terbukanya sebelum ini yang dilihat menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan