Tangguh aksi Liga Super beri kelebihan pemain pulih

Iklan
Penangguhan aksi Liga Super berikan kelebihan kepada kesebelasan Perak. -foto: Perak FA

RATA-RATA pemain Perak berharap penangguhan aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras malam ini mampu memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan Perak menjelang aksi berdepan Ulsan Hyundai pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Ulsan Munsu, 19 Februari ini.

Pemain Perak, Muhammad Firdaus Saiyyadi berkata, penangguhan itu dilihat dapat memberikan sedikit ruang kepada pemain untuk pulih daripada kecederaan manakala pihak pengurusan pasukan pula dapat merangka percaturan taktikal terbaik.

Iklan
Iklan

"Jarak antara perlawanan dengan satu perlawanan agak dekat, mujurlah pasukan Kuala Lumpur sudi untuk menunda perlawanan malam ini.

"Saya melihat ia rezeki dan juga kelebihan untuk kita (pemain), pulih dan kembali mendapatkan momentum perlawanan untuk berdepan Ulsan Hyundai,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pagi tadi.

Iklan

Sementara itu penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Khairul Nizam Jothy menyifatkan skuad The Bos Gaurus itu hanya memiliki satu peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan ACL.

Justeru katanya, semua pemain perlu memerikan persembahan terbaik masing-masing pada aksi 19 Februari nanti.

Iklan

"Sebenarnya ketika berdepan Kitchee SC pun saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya, namun ALLAH SWT membantu saya pada sepakan penalti.

"Apapun, setakat ini persiapan kita berjalan lancar untuk perlawanan ini. Kita akan buat yang terbaik. Menang atau kalah itu adalah rezeki dari ALLAH SWT. Yang penting kita berusaha dan tawakal,” katanya.