Pemuda PN nasihat Asyraf Wajdi supaya berpijak di bumi nyata

Iklan
Muhammad Hilman Idham

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) menasihatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya bangun daripada mimpi dan berpijak di bumi yang nyata.

Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham berkata, tidak ada gunanya memintal prinsip jika masih terpasung dan menjadi hamba kleptokrat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PN akan terus istiqamah membudayakan politik khidmat demi membela nasib dan kebajikan rakyat di saat negara masih bergulat (bergelut) dengan krisis Covid-19.

"Kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak lebih setahun yang lalu telah menampilkan kepimpinan, kebijakan dasar dan keikhlasan membela nasib rakyat.

Iklan

"Biarpun pelbagai usaha jahat dilakukan untuk mengugat kestabilan kerajaan, namun fokus kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin) dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) telah berjaya memperkukuh dukungan rakyat termasuk sokongan ahli-ahli Parlimen pembangkang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Muhammad Hilman berkata demikian mengulas kenyataan Asyraf Wajdi yang didakwa berunsur tohmahan terhadap pimpinan dan kerajaan PN pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Iklan

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata, Pemuda PN yakin, penggubalan Dasar Pelaburan Baharu yang memberi keutamaan kepada 'high quality and technology-centric investments' menuntut pemberdayaan modal insan berkemahiran tinggi akan terus meningkatkan daya saing ekonomi negara.

"Kita percaya, usaha progresif ini akan menjadi pemangkin kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menuju lima tahun ke hadapan.

"Malaysia juga telah mencatatkan sejumlah RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama.

"Lebihan dagangan yang dicatatkan pada tahun 2020 adalah yang tertinggi dalam sejarah perdagangan global negara. Lebihan dagangan meningkat 26.9 peratus kepada RM184.79 bilion berbanding 2019," kata beliau.

Jelasnya, prestasi perdagangan luar juga memberikan keyakinan bahawa Malaysia berada di landasan yang kukuh dalam usaha mencerdaskan ekonomi.