BN putus akan hadapi PRU15 bersendirian: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan ketika hadir pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) memutuskan akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu seharusnya bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Iklan
Iklan

”Ingin saya berkongsi dalam Mesyuarat Tertinggi BN (bahawa) kita akan bertanding solo atas jenama BN dan lambang dacing.

”Kita bukan riak atau takbur, (tapi) kita akan bertanding bersendirian dengan lambang BN,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, untuk UMNO menjadi dominan semula selepas PRU15, parti itu perlu menang kerusi terbanyak.

”Kedua ialah BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita.

Iklan

”Dominan bukan bermaksud kita angkuh. UMNO adalah parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini. Apabila UMNO tidak menjadi tonggak kepimpinan negara ini, rakyat tidak lagi mengecap kestabilan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menegaskan bahawa UMNO tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional (PN).

”Ketetapan ini bukan hanya daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

”Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO,” tegas beliau.

Tambah Ahmad Zahid, semua ahli UMNO sedar bahawa Bersatu tidak mendapat dokongan rakyat sepenuhnya dan tidak mempunyai sokongan akar umbi.

”Namun, hasrat 'ular lidi untuk menelan ular sawa' terus dipergiatkan tanpa henti. Termasuk muslihat politik ketika kita menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

”Waspadalah. Muslihat mereka tidak akan berhenti selagi UMNO tidak hancur,” tegas beliau.