15 kapal dikesan bersauh secara haram di perairan Johor

Iklan
Antara kapal tangki yang diperiksa Maritim Malaysia dalam Operasi Khas Jangkar Haram di perairan negeri Johor pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Operasi Khas Jangkar Haram yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesan sebanyak 15 kapal yang bersauh secara haram di Perairan Tompok Utara, Johor pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, selepas empat hari operasi dijalankan, jumlah kapal bersauh secara haram berkurangan daripada 105 buah yang dikesan pada hari pertama operasi.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi ini, Maritim negeri Johor menahan 13 kapal yang berlabuh secara haram dan enggan beredar di sekitar Perairan Tompok Utara.

"Empat daripada jumlah yang ditahan dilakukan semalam (Sabtu) oleh kapal peronda Maritim Malaysia iaitu KM Tegas, KM Perwira dan KM Sibuan. Ia membabitkan sebuah kapal tempatan dan tiga kapal dari luar negara.

Iklan

"Kesemua kapal tangki yang ditahan sekitar jam 11.40 pagi hingga 8.05 malam tadi (Sabtu), masing-masing bertanda nama MT Nautica Kota Tinggi, MT Arista Leo, MT JW Jewel dan MT Liberty," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Nurul Hizam, pihaknya akan meningkatkan operasi dan usaha membanteras saki-baki kapal yang masih degil berlabuh secara haram.

Iklan

Katanya, pengurangan statistik menunjukkan suatu perkembangan positif dan diharapkan trend penurunan itu akan berterusan.