Isu 'rebut' kerusi Parlimen Tanjung Piai bangkit setiap kali PRU

Iklan
Jeck Seng (tengah) pada program Perasmian Projek Rintis Pemantauan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar di Parlimen Tanjung Piai, di Kukup pada Ahad.

PONTIAN - MCA Tanjung Piai menyifatkan desakan agar kerusi Parlimen Tanjung Piai diserahkan kepada UMNO merupakan perkara biasa yang dilakukan UMNO setiap kali menjelang pilihan raya.

Ketua MCA bahagian itu, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, sebagai penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai, beliau tidak pernah mengambil hati dengan desakan yang dibuat pimpinan UMNO Bahagian Tanjung Piai itu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi percaya perkara itu dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinan kedua-dua parti dengan semangat Barisan Nasional (BN).

"Perkara itu (kerusi Parlimen Tanjung Piai) bukan dibangkitkan pada masa kini sebaliknya setiap kali menjelang pilihan raya umum pastinya isu ini akan dibangkitkan. Ini sudah menjadi perkara biasa di Parlimen Tanjung Piai.

Iklan

"Tetapi semangat BN itu cukup penting. Biarlah perkara ini diselesaikan dengan semangat BN. Oleh itu saya rasa kita tidak perlu mengambil hati dengan perkara ini," katanya pada sidang akhbar sempena Perasmian Projek Rintis Pemantauan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar di Parlimen Tanjung Piai, di Kukup di sini pada Ahad.

Pada 13 Mac lalu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan menegaskan kerusi Parlimen Tanjung Piai perlu digilirkan kepada UMNO sebagaimana janji yang dibuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019.

Iklan