Penolong ketua kampung maut ditembak di Narathiwat

Iklan
Mangsa maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan ke sebuah pekan dalam daerah Bacho di Narathiwat hari ini. Foto Bernama

NARATHIWAT - Seorang penolong ketua kampung maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan ke sebuah pekan dalam daerah Bacho di Narathiwat pada Ahad.

Ketua Polis Bacho, Kolonel Dulayaman Yaena berkata, lelaki berusia 50 tahun itu merupakan Penolong Ketua Kampung Lubuk Batu dan ditemukan maut oleh penduduk pada kira-kira 1.15 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

"Siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal berseorangan itu dalam perjalanan ke Pekan Bacho selepas menghadiri satu mesyuarat.

"Mangsa ditembak sekurang-kurangnya tiga kali di bahagian kepala oleh suspek yang menunggang motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad. - Bernama

Iklan
Iklan