Mapim tubuh Tamar Kafe, membeli sambil beramal

Iklan
Mohd Azmi

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menubuhkan Tamar Kafe di sini yang membolehkan pelanggan membeli sambil beramal.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain membantu peniaga Muslim tempatan, kafe tersebut ditubuhkan untuk membantu 17 negara Islam yang sedang bergolak melalui Tabung Kemanusiaan Mapim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kafe itu memfokuskan kepada penjualan makanan sejuk beku dan produk berasaskan kurma.

"Kita ingin mewujudkan satu bisnes profesional, yang mana produk-produk Muslim boleh dipasarkan bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, malah menembusi pasaran luar negara.

Iklan

"Kita mengangkat bisnes yang mampu menampung dana untuk membantu golongan memerlukan. Justeru pengusaha makanan Muslim dialu-alukan jika berminat untuk menjual produk mereka di kafe ini," katanya di sini pada Majlis Hi-Tea sempena Pelancaran Hari Amal Ramadan 1442/2021 dan pembukaan kafe tersebut pada Ahad.

Mohd Azmi (kanan) di kaunter pembayaran Tamar Cafe.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Wakil Pengarah Merpati World Berhad, Muhamad Izzudin Zainal Abidin dan Pengarah Eksekutif Operasi Merpati Food and Trading Sdn Bhd, Muhammad Nur Izzat Norizan.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 peratus keuntungan hasil jualan dari kafe tersebut akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Mapim.

Katanya, dana daripada tabung tersebut akan digunakan untuk disumbangkan kepada Yaman, Palestin dan Kashmir menjelang Ramadan nanti.

"Buat masa ini kita hanya buka kafe ini untuk jualan produk sahaja dan dijangka akan dibuka sepenuhnya kepada pelanggan pada 5 April ini," katanya.