KOTA BHARU - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini, semalam.
Dalam misi Jelajah Pantai Timur, Kelantan-Terengganu-Pahang itu, Syed Saddiq meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra bersama Ahmad di kediaman rasminya di JKR 10 di sini.
Iklan
Iklan
Turut sama dalam pertemuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Hamat dan Timbalannya, Zuraidin Abdullah.
Syed Saddiq mengadakan lawatan ke Kelantan selama dua hari bermula kelmarin yang mana program pertama di negeri ini bermula dengan Town Hill Anak Muda berlangsung di Bachok.
Semalam, selepas pertemuan dengan Kerajaan Negeri Kelantan, beliau merasmikan padang bola sintetik berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok dan terakhir di Dewan Jubli Perak Kota Bharu.