JAKARTA - Sebuah loji penapis minyak milik Pertamina di Indramayu di Jawa Barat, kira-kira 200 kilometer dari sini, terbakar dan meletup, menyebabkan lebih 20 penduduk cedera manakala ratusan penduduk berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan.
Menurut laporan media tempatan, rumah-rumah penduduk dan masjid yang berdekatan loji berkenaan turut mengalami kerosakan akibat kesan letupan kuat.