MELAKA - Hujan lebat sejak jam 7 pagi pada Isnin mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat.
Hujan berterusan lebih tiga jam itu turut menyebabkan beberapa laluan termasuk di Jalan Cheng dan Malim dinaiki air dan tidak boleh dilalui.