KLUANG - Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tersangkut lebih 20 minit di atas pokok rambutan sebelum diselamatkan anggota bomba di Jalan Suria di sini pada Isnin.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Noorhakim Mohd Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 pagi berhubung kejadian itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kluang dihantar ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tersangkut di atas dahan pokok rambutan pada ketinggian 3.5 meter. Mangsa memanjat pokok tersebut untuk memetik buah rambutan.
"Anggota bomba bertindak memotong dahan tersebut menggunakan parang dan setelah kerja pemotongan selesai dilakukan mangsa dibawa turun dengan selamat menggunakan dahan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Norhakim berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan melecet di bahagian kaki
" Operasi ditamatkan pada jam 10.18 pagi," katanya.