KAHERAH - Kapal kontena gergasi MV Ever Given di Terusan Suez telah berjaya dialihkan pasukan penyelamat setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdagangan paling penting di dunia itu.
Walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali dan bergerak keluar, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menunggu, atau dalam perjalanan ke terusan itu.